Wednesday, December 30, 2009

Pict KAWAT09

Gambaq dah upload.. Layan POST sebelum ni.. Walaupun aku sikit tak puas hati, tapi aku tetap menyiarkan gambar event ni utk tontonan umum dan support kemajuan MTB Malaysia amnya.. Majulah sukan utk negara.. zasss..

Click Pict for more..

Tuesday, December 29, 2009

29.12.2009 - Aku semakin tua..




Monday, December 28, 2009

From Taiping With @#$%

27 November 2009 Taiping, : Hari ini dalam sejarah dunia MTB. Jamboree KAWAT09 telah menjadi jamboree paling Gawat tahun ni.. Byk kelemahan yg ditonjolkan berbanding jamboree ditempat lain pd acara yg lepas2.. Akibat keterujaan melihat KAWAT08 yg blh dikatakan success pd tahun lepas, aku tanpa segan silu utk register pada kali ini. Dgn status "Orang Baru" dalam dunia MTB ni, aku cuba sahut seberapa banyak cabaran & pengalaman yg boleh.. Tapi amat mendukacitakan oleh beberapa sebab musabab.. Antaranya masalah paling besar ialah TREK yg begitu hardcore sampai tak boleh nak kayuh.. Tolak sampai kesudah.. Jamm toksah dok katala.. lebih sejam dok beratoq tunggu giliran.. Mungkin penganjur kali ni tak survey trek terlebih dulu dan hanya tangkap muat..
---
Bab keselamatan lak.. kena survive sendiri la dalam hutan banat tu.. takdak pulak escort yg naik scrambler ke, 4x4 dok tunggu dalam hutan tu.. lori pengangkut apatah lagi.. kesian kepada sesiapa yg tercedera, eksiden dll tu.. Trek memang tak selamat punya.. nasib takdak yg mati katak.. No wonder la kayuhan kali ni kebanyakan rider tak complete.. Termasuk la aku.. hehe.. Aku tahu tahap kemampuan dan kesabaran sendiri tu yg blah awal tu..
---
Pada yg complete tahniah kepada anda.. Complete pon hangpa dapat apa?? Penghargaan?? jauh sekali la.. ranking number pon takdak.. Satu lagi sebab kebanyakan rider tak mampu tanggung ialah bab "Refil Water".. nyawa tu beb.. kalo takdak ayaq boleh mati kehausan woo.. sapa nak tanggung?? Mmg tak patut la refill station takdak dalam jamboree long distance mcm ni.. Letak refill station jauh2 nak dekat nak sampai finishing gila apa?? Bukan rider masuk percuma beb.. Sampai tahap rider menagih simpati umah orang mintak air ape cite? Oleh sebab yg demikian aku dgn drastik blah sorang2 balik.. nasib baik taiping ni aku tau jalan.. Sempat jugak la singgah kedai ayaq tebu minum2.. ingat aku sorang2 je yg singgah layan ayaq tebu.. tgk2 ramai gak yg blah akibat tak mampu menanggung penangan KAWAT ni..
---
Aku mintak mahap kepada sesiapa yg tersinggung.. Jadikanlah keluhan aku yg kerdil ni dan para rider lain sebagai kayu pengukur utk para Organiser yg lain nak buat Jamboree dimasa yg akan datang.. aku tak penah nak boikot mana2 penganjuran Jamboree, cuma nak enjoy MTB world dengan aman dan sejahtera.. MAJULAH SUKAN MTB UTK NEGARA.. Pict akan diupload kemudian.. Adios..




Antara wajah2 peserta dgn semangat berkobar-kobar

Masing2 dok cemuih dok tunggu bila nak start..

Bila mau start la..

Gerek Kulim in action

Azizan yg tak jemu2 masuk jamboree.. boleh kata semua complete, termasuk la KAWAT ni.. Tahniah kepada beliau dan abg beliau..

Peserta mula dilepaskan selepas jenuh mengopi ( minum kopi) di tempat starting..

Taman Tasik.. layan kayuh kat sini.. menyamankan..

Permulaan offroad yg mengujakan.. setakat ni la..

Sini pon ok lagi..

Ada waterfall pulak tu..

Hutan Dara tu.. papan tanda yg menyimpan isi tersirat penuh bermakna.. hangpa pikir la sendiri.. ( kesian kat hutan ni kena cabul beramai2 sbb nak buat trek paling sempoi)

Dah start dah climbing single trail.. permulaan jem..

Sampai sini lekat teruih..

Muka penuh dengan kesabaran

Jam..

Jam lagi..

Dan lagi..

Kena angkat basikal.. biasa la tu..

Berapa banyak angkat daa.. mmg trek ni trek tolak dgn angkat basikal je la..

Trek lalu belakang rumah orang pon ada.. memang sempoi.. sapa2 nak refill ayaq boleh ketuk ja mana2 pintu belakang rumah orang.. sure depa bagi punya.. mmg baik hati org Taiping nih.. dah boleh kayuh, tapi kederat mental dan fizikal dah down..

Sampai disini sajalah perjuangan aku yg lemah ni.. tak sanggup dah nak melayan trek hardcore yg melampau tahap dewa ni.. balik makan nasik lagi baguih.. kalo aku teruskan jugak, agak2 senja kot baru sampai..

Hari ni giliran gerek pulak naik tuan.. bukan tuan naik gerek.. asyik kena pikul ja..

sekian.. tahun depan tak tau la nak join lagi ke tak.. kalo mai pon aku naik scambler kot..

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431


Salam Maal Hijrah 1431 kepada semua umat Islam. Saya mengharapkan dan mendoakan dengan kedatangan tahun baru hijrah ini, ukhwah dan kekuatan seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia akan lebih kukuh dan dapat diperkasakan pada tahun akan datang.

Wednesday, December 16, 2009

Kayuhan Makan Angin

15 December 2009 Salasa- Hari ni sepatutnya kayuhan separa hardcore akan dijalankan dengan menerjah trek bukit bendera.. tapi apa kan daya kudrat tidak mampu memikul beban yg begitu berat disebabkan selalu ponteng kayuh.. hanya setengah trek dapat dilayan.. kayuhan terpaksa ditukar ke route lain iaitu Tmn Belia-Mount Erskine-Tanjung Bungah-Gurney Drive.. mode kayuhan lebih kepada makan angin cuti2 Malaysia.. janji kayuh sudah..

Trek Bkt Bendera.. dpt kayuh sekerat je.. jadilah

Lokasi bertukar ke Mount Erskine melalui jirat cina.. kononnya nak cari trek baru.. sesat jugak akhirnya.. berjaya kembali ke pangkal jalan

Mount Erskine.. layan drift

Batu Ferringgi?? next time la.. matahari sudah naik maa..

Sparring partner today.. Chin Min

Lesen Gurney drive sudah dapat..

I'm here

Jom shoping dulu..

20km ++.. jadilah..

Top speed 46.5kmh.. ada betoi ka??

Sekian.. terima kasih..nak layan angin sepoi2 bahasa dulu.. tata..

Related Posts with Thumbnails