Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa





Thursday, August 20, 2009

Penang Hill.... Yea..yea.. aku dah dapat lesen..

Assalamualaikum to all riders and readers.. agak lewat hari ni aku update blog.. al-maklumla.. pagi tadi kayuh..so petang terlantar diatas katil la.. hehe.. nasib baik bini kejut.. kalo bujang ni.. mau terbabas sampai esok tido.. muahaha.. ok.. back to track.. terjahan hari ini ialah ke Penang Hill a.k.a Bukit Bendera.. tak plan pon nak mai sini sebenaqnya.. disebabkan ini ialah kayuhan last sblm Bulan Ramadhan Al-Mubarak, aku terus ON bila ada jemputan dari Jaiz n Odd utk krabat bukit yg femes kat Pulau Mutiara ni.. selalu mai naik train kena bayaq 4 hengget.. la ni tak payah bayaq pon.. tapiii.. sendiri mau ingat la.. hari ni ahli seramai 10 org dapa dikumpul.. semua geng Intel.. ramai gak.. boleh bukak kelab rekriasi Intel dah ni.. blh mintak Paul Otelini sponser.. hehe.. Antara ahli2nya ialah Myself, Jaiz, Odd, Din Discovery, Azizan, Ajuah, Rizal Pin dan adiknya Mamat, Chop & Mat Pit. Kayuhan ke Penang Hill trek 4x4 bermula dari Kebun Bunga ni memang betul2 mencabar urat keting.. uphill menyayat hati wa cakap lu.. tak la jauh mana pon.. just 5km.. tapi memeritkan.. seperti biasa aku telah membuat kayuhan solo sampai ataih walaupun mai ramai.. takpa2 SLOW TAPI SAMPAI.. terima kasih pada geng2 kayuh pada hari ni sebab sabaq dan setia menunggu aku kat atas bagi aku complete gak lesen menawan Bukit Bendera ni.. memang berbaloi- baloi.. okla.. sembang banyak pon tak guna.. layan gambaq la.. apa lagi.. zasssss...

more action here -->> http://sanrabb69.blogspot.com/
http://jaiz2u.blogspot.com/


Seawal 6 pagi aku dah bangkit tidoq.. punya semangat nak mai Penang Hill


Ditapak Pemunggahan Taman Belia

Acara memasang gerek.. Din Discovery lama tak kayuh.. tekanan kerja tempat baru kot..

Kuda besi ku yg banyak berjasa.. "The Red".. banyak menemani aku sepanjang kayuhan SOLO aku selama ni.. :p


Azizan pon lama tak beraksi.. Keja tmpt baru ok kot??
Bro Jaiz.. selaku tuan rumah hari ni..

Antara peserta2 utk kayuhan hari ni

Perkarangan parking ke trek 4x4

Tu dia.. awai2 dah pacak.. pi dah... mungkin ramai yg tak perasan signboard AWAS tu.. ada maksud tersirat ropanya..

Posing dulu sebelum kejadian..

Ramai gak hari ni.. tapi.. aku solo ride gak.. kesian aku.. huhu

5 kilometer jalan macam ulaq.. silap la bagi sesiapa yg "judge book by the cover".. nak tau mai la kalo brani..

Acara bermula.. nampaknya Odd mengetuai platon kali ni.. kayuh punya kayuh aku ketinggalan kebelakang..biasa la..

Acara posing solo..
2 org Mat n Minah Salleh yg turut kayuh naik trek ni.. kuat depa nih.. pakai single gear jek.. punya laju..cadang nak konvoi ngan depa la.. tapi apakan daya.. aku makan nasik ngan sambal belacan.. depa makan weastern food..
Signboard ke Bt Feringgi.. betoi ka??

Jalan offroad ni bleh sampai Bt Feringgi kot..

Gambaq solo lagi..

Alamak pokok tumbang lak

oooo.. hutan simpan..

I'm here..
Pondok 84

Kecuraman 30% tuh..

Mirror2 on the wall.. who is the hensem guy in the world???

Lepas kona pacak.. lepas kona pacak.. mampuih la kalo macam ni.. ada lebih kurang 10 kona macam ni..


Baru la nak nampak permandangan dr sini.. sayup2 blh nampak bridge..

Aku dan peneman setia ku "The Red".. tgk gambar pon blh tau kecerunan dia macam mana.. how liow..

Nampak dah bunglow 1927.. melalui call dr Azizan kata tak jauh dah puncak ngan bunglow nih.. so aku pon cargaih la..

At last.. sampai juga aku akhirnya..
Din dgn pose solo depan balai Penang Hil..

Rakan2 yg setia menunggu..

Muka puaih hati
Choo..choo.. Thomas the train..

Awat kretapi ni senget?? hang tahan sat Din

baru lepak 10 menet depa ajak blah dah..



It's time to downhill


View memuaskan


Akhirnya kami selamat ketempat pemunggahan.. akibat downhill yg mengiurkan, platun terbahagi kepada 2 kumpulan.. agak lama gak menunggu ahli yg lain.. depa sesat dengaq kata..

Handlebar karbon sape yg sangkut tang ni nih??
Azizan.. gaya seorang perokok tegar.. hehe

Ha.. sampai dah platun kedua.. awat muka cemas ja?? macam ada berita tak gembira ja

Semua dah sampai..

Ooo.. patut la depa sampai lambat.. malang tak berbau.. Rizal Pin telah mengalami eksiden ketika mengambil lap downhill tadi.. tiada saksi ditempat kejadian sebab beliau jauh leading didepan..

Agak teruk gak la kecederaan yg beliau alami.. nasib baik takdak yg patah2.. dan la sebulan beliau recover kecederaan nih.. MC komfom dapat nih..

Difahamkan adik beliau juga mengalami kemalangan kecil masa downhill single trek.. tak teruk sangat la.. pas recover cedera nih harap hangpa tak serik nak kayuh lagi noo..

Din sempat lagi tapau baju Bukit Bendera utk anak2..

Murah ja.. dua lai seploh..

Last action.. mentakedarah la pulak,, lokasi kedai mak long.. belakang IPK P.Pinang

Terima kasih tuan rumah kita kali ni BRo Jaiz kerana menyajikan trek yg betul2 how liow hari nih..

Sekian saja berita untuk kali ni.. Dikesempatan ini saya
Muhamad Azhar & Family ingin mengucapkan Selamat Berpuasa Ramadhan kepada semua umat Islam didunia.. Aksi kayuhan to be continued lepas raya.. kepada sesiapa yg masih tegar nak kayuh bulan puasa nih, sila la jemput saya ok.. Assalamualaikum..

Related Posts with Thumbnails